Site Overlay

KAWASAKI ZX 150RR

KAWASAKI ZX 150RR

Pelbagai nama dan gelaran diberikan kepada motosikal ini. Ada yang menyebut Kawasaki KIPS, Kawasaki Ninja 150, Kawasaki 150 RR, Kawasaki RR, Kawasaki RR 150, Ninja RR 150 dan pelbagai lagi. Tapi apa yang penting, ia merujuk kepada sebuah motosikal keluaran Kawasaki bersesaran 150cc dan jenis sport fullfairing. 

 

Pandangan penulis, Kawasaki RR 150 ini mula popular dan diburu pembeli selepas Yamaha mengambil keputusan menghentikan pengeluaran Yamaha RX-Z. Selepas itu, penunggang motosikal mahukan sebuah motosikal 2 lejang yang berkuasa selain Yamaha RX-Z. Sekitar tahun 2010, Kawasaki RR 150 ini mula dilihat banyak di jalan raya. Sehingga pada tahun 2012, boleh dikatakan semua peminat motosikal tanah air mengenali model ini walhal sebelum ini ia tidak begitu popular walaupun telah lama berada di pasaran.

 

Terdapat beberapa sebab kenapa Kawasaki RR 150 ini mendapat perhatian dalam hati peminat motosikal. Pertama, harganya yang berbaloi iaitu RM10,800 (ikut tempat). Kedua, enjin 2 lejang 150cc yang berkuasa maksimum 30.0PS dan tork maksimum 21.6Nm menyamai kuasa motosikal 250cc 4 lejang di pasaran sekarang. Ketiga,  enjin Kawasaki RR 150 ini dilengkapi dengan liquid-cooled, di mana ia memberi keyakinan untuk perjalanan jauh. Pengalaman penulis, banyak penunggang Kawasaki RR 150 ini memecut habis di lebuh raya tanpa was-was. Keempat, reka bentuknya yang super sport kelihatan besar dan tegap berbanding motor kapcai.

 

Boleh dikatakan Ninja RR 150 ini adalah pilihan terbaik kepada sesiapa yang inginkan sebuah motosikal pada harga mampu milik, masih bergelar pelajar atau pekerja baru, mahu sebuah motosikal yang berkuasa bawah 150cc dan memecut laju memotong kenderaan lain di lebuh raya.

 

Motor ni baru memang power kira barang baru memang sedap yang tak best moto ni sparepart mahal biasalah kawasaki barang ori dan pernah gak dengar material besi untuk part enjen kips ini tidak setahan kips yg lebih tua dari nya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *